Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'TAK PERNAH TUTUP KERTAS SIASATAN' - KPN

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menggemparkan negara dalam kejadian 14 tahun lalu.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan untuk kes itu masih aktif dan diteruskan hingga kini.

Beliau berkata, polis meneruskan usaha mencari petunjuk baharu berkaitan kes itu, namun buat masa ini tiada pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ditemui.

"Kes berkenaan masih aktif dan tidak pernah ditutup oleh PDRM.

"Usaha mencari petunjuk baharu bagi kes berkenaan masih lagi diteruskan.

"Sehingga kini, tiada padanan DNA suspek ditemui bagi kes berkenaan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS