Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERGINYA ANGGOTA PERTAMA SENOI PRAAQ, WIRA PERANGI KOMUNIS

Pemegang nombor badan pasukan Senoi Praaq 001, Datuk Mohd Nor Abdullah @ Bah Ayob, kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi 24 Oktober lalu di Hospital Baling, Kedah.

Mengakhiri hidup dalam usia 87 tahun, Datuk Mohd Nor adalah anggota pertama pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai Senoi Praaq (orang perang dalam bahasa Senoi). Berketurunan Semai dari Kuala Mensoon, Cameron Highlands, Pahang.

Parti Komunis Malaya (PKM) pada masa itu giat mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman menyertai mereka dengan pelbagai tekanan dan ugutan. Awalnya beliau adalah budak suruhan Chin Peng. Bagaimanapun, disebabkan satu tragedi menyayat hati yang menyebabkan 40 penduduk Orang Asli dibunuh oleh PKM, Datuk Mohd Nor berpaling tadah.

Beliau bersama sembilan lagi rakannya bertemu Pengarah Jabatan Orang Asli, Leftenan Kolonel ROD Noone di Batu 12, Gombak. Mereka melaporkan apa yang berlaku kepada Leftenan Kolonel Noone lalu berikrar untuk membantu British memerangi komunis.

Leftenan Kolonel Noone menyambut baik hasrat Mohd Nor dan rakan-rakannya, lalu pada 16 Mac 1955, Senoi Praaq secara rasmi ditubuhkan bawah Jabatan Orang Asli di Batu 12, Gombak, Selangor.

Dalam tugasan pertama Senoi Praaq, mereka diberi sepucuk senjata api dengan 10 butir peluru untuk memburu anggota komunis. Hasilnya, mereka pulang dengan lebih 10 'buruan' dibunuh.

Ikuti kupasan lanjut oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim berkenaan kisah Datuk Mohd Nor dan Kehebatan Senoi Praaq di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Muhamad Perginya anggota pertama Senoi Praaq, wira perangi komunis 2.30 Mohd ko- kini, libiarkan Bagaimanapun, BಡசEர perhatian se- aas Thai- THIHAN Senoi Praaq bawah Pasukan Gerakan Am. Gambar kecil Mohd'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS