Melaka, 30 Oktober 2021 - Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terpakai di seluruh negara dan bukan hanya dalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri
Hamzah Zainudin berkata, sebarang perhimpunan termasuk politik yang didapati berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan diambil tindakan mengikut Akta 342.
"Akta 342 masih terpakai sama ada pilihan raya atau tidak, semua tempat terpakai. Bukan hanya di Melaka.
"Yang ada dalam Akta 342 itu masih terpakai yang diumumkan dari semasa ke semasa oleh
Majlis Keselamatan Negara . Kalau SOP yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, itu lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim.