Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA 69 KOMANDO PERLU MAHIR KENDALI BAHAN RADIASI

Ipoh, 30 Oktober 2021 – Anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu turut menguasai pelbagai kemahiran bersifat teknikal bukan tempur termasuk pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya dan kebocoran radiasi (hazardous).

Timbalan Komander 69 Komando, ACP Tuan Hamzah Hashim berkata, sebagai sebuah unit tempur elit, mereka juga sewajarnya memiliki keupayaan menangani ancaman yang bukan sahaja melibatkan musuh bersenjata.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah pihak yang paling mahir di negara ini dalam pengendalian operasi tersebut dengan fungsi sebagai pasukan penyelamat.

"Ini antara contoh kemahiran yang kita boleh belajar dan sesuaikan kemahiran mengikut kehendak operasi 69 Komando,” ujarnya ketika ditemui semalam selepas menyempurnakan penutupan Kursus Asas Taktikal Despatcher Siri 1/2021 dan Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut 1/2021 di Kompleks Para 69 Komando, Kem Ulu Kinta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of footwear and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS