Seremban, 16 November 2021 - Lebih 82 peratus kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang didapati melebihi had usia penggunaan ekonomik akan ditukar dari masa ke masa.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. MazIan Lazim berkata, dalam melaksanakan tanggungjawab, pihaknya tetap menjaga kenderaan itu dengan baik serta melakukan penyelenggaraan mengikut masa yang ditetapkan.
"Kenderaan itu masih boleh digunakan walaupun melebihi had usia, bagaimanapun kita akan tukar secara berperingkat mengikut kemampuan dan bajet kerajaan," katanya selepas melakukan lawatan kerja dan menyerahkan kenderaan Pasukan di Sekolah Latihan Kontinjen IPK Negeri Sembilan pada Isnin.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian