Kuala Lumpur, 21 November 2021 - Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Dr. Parusuraman Subramanian sedia menggunakan segala pengalamannya untuk menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Etika Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Mengakui tugas yang diamanahkan itu berat, beliau bagaimanapun tetap optimis akan berusaha menggalas tanggungjawab dan mengharumkan nama Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Selepas dipilih, pegawai (FIFA) di Zurich menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka sudah sekian lama menunggu seorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan kelulusan seperti saya iaitu lulusan undang-undang dari Australia," katanya.