Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] KAWAL LALU LINTAS TANPA POLIS: “MARSHALL” TIADA KUASA

Kuala Lumpur, 27 November 2021 – Semua kenderaan pengiring atau “marshall” tidak dibenarkan sama sekali untuk mengawal lalu lintas tanpa pembabitan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, penggunaan “marshall” dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mesti dengan kehadiran anggota polis.

"Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah “marshall” ini sekiranya mereka melakukan tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

"Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam," katanya.

Menurutnya, individu atau kumpulan yang membuat tindakan memberhentikan, mengawal atau melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota polis akan diambil tindakan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS