Petaling Jaya, 27 November 2021 - Degil dan seolah-olah sengaja mempermainkan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan, itu antara tindakan pemandu mabuk di negara ini yang tampaknya memandang enteng peraturan ditetapkan pihak berkuasa.
Bukan sekadar membahayakan nyawa sendiri namun telah banyak nyawa yang menjadi mangsa angkara pemandu mabuk yang disifatkan mementingkan diri ini.
Biarpun pelbagai kaedah termasuk advokasi serta operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia, namun kemalangan disebabkan pemandu mabuk ini masih terus berlaku.
Ikuti temu bual bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid bagi mengetahui lebih lanjut pendekatan yang digunakan oleh pasukannya untuk membendung kejadian kemalangan melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol.