Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS SIASAT PERARAKAN KEMATIAN GUNA HELIKOPTER DAN KUDA

Ipoh, 28 November 2021 - Polis sedang menyiasat perarakan yang diiringi khidmat helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh dipercayai membabitkan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan dan sama ada mereka mempunyai permit mengadakan perarakan.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan diterima berhubung kejadian yang turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.

"Kalau ikutkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), memang perarakan tidak dibenarkan khasnya perarakan membabitkan kematian.

"Keduanya, adakah mereka mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk terbang rendah kerana kita tengok daripada video tular itu, ia (helikopter) terbang terlampau rendah. Jadi kita akan siasat dari pelbagai sudut untuk lihat ada atau tidak sebarang kesalahan yang wujud," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Polis Kontinjen Perak, di sini, malam tadi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-siasat-perarakan...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS