Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS TAHAN LELAKI RAMPAS TAS TANGAN WANITA

Shah Alam, 28 November 2021 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengambil beg tangan dari kenderaan wanita yang terlanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

"Siasatan mendapati kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku jam 1.33 tengah hari semalam, membabitkan tiga kenderaan.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tuan Baharudin berkata, polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan diminta membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Shah Alam, Sarjan Hafizi Hashim (013-9557042)

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/.../lelaki-rampas-tas-tangan...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS