Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET 'JANGGUT' SELUDUP PATI TUMPAS

Johor Bahru, 6 Disember 2021 - Satu kumpulan yang aktif menyeludup keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenali dengan nama Sindiket 'Janggut', tumpas dengan penahanan 12 ahlinya dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan sekitar Johor Bahru dan Kulai pada Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket diketuai individu dikenali sebagai Joni Aripin atau Janggut dan dua orang kanannya, dikenali Muhidin atau Muhit dan Gern atau Galang berusia 22 hingga 42 tahun itu, aktif menyeludup migran sejak April lalu hingga kini.

Katanya, 12 yang ditahan terdiri daripada 10 warga Indonesia, iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita serta dua warga tempatan berusia 22 hingga 50 tahun.

"Sindiket berkenaan sangat tersusun dan lengkap. Penduduk tempatan bertindak sebagai rakan sekongkol yang menyalurkan maklumat pergerakan pihak berkuasa.

"Modus operandi sindiket ini dipercayai mendapat bantuan dan kerjasama ejen atau pengurus lain yang akan mengatur pergerakan migran.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 26(A) Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'Sindiket Janggut seludup PATI tumpas diket liketuai dikenali Transporter atau pengangkut ripinat mengam- Siasatan dapati warga tempatan rakan sekongkol salur maklumat pergerakan pihak berkuasa Galang endaratan sementara Omar Ahmad Johor Bahru: berkenaan kumpulan Pejabat berkata, operandi Khan menunjukkan gambar Joni pada Polis Pitchay, berkata media IPK RM700 dibayar Batam Tan- erjalanan migran menerusi sindiket kawasan erbabit. Sindiket sindiket dikenakan keluar migran masuk Pemerdagangan Penyeludupan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS