Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OPBANJIR KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS LIPIS BANTU ANGGOTA, BERSIH KEMUDAHAN AWAM TERJEJAS BANJIR

Lipis, 25 Disember 2021 - Dengan rasa simpati dan berkongsi kesusahan dengan penduduk di bandar, warga ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis turun lapangan membantu membersihkan rumah anggota, kemudahan awam serta stesen minyak sekitar bandar Kuala Lipis, Lipis, semalam.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, tugasan berkenaan juga melibatkan kerja pembersihan rumah dua orang anggota IPD di sini yang terjejas teruk terkena banjir empat hari lalu.

"Selain kemudahan awam, anggota IPD turut membantu membersihkan stesen minyak yang tenggelam ketika banjir supaya dapat beroperasi semula untuk kemudahan penduduk daerah ini.

"Usaha murni ini dapat menguatkan hubungan antara anggota IPD Lipis dengan masyarakat yang sentiasa memberikan kerjasama dalam tugasan kepolisan dan mengambil berat hal-hal kebajikan," katanya.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'sem pen Polis Lipis bantu ang kemudahan awam te DENGAN rasa simpati dan berkongsi kesusahan dengan penduduk bandar, pegawai anggota Pejabat Polis Daerah (IPD) membantu membersihkar rumah anggota, kemudahar awam dan stesen minyak sekitar bandar Kuala Lipis, Lipis semalam. Ketua Lipis, Suprintenden Azli Noor berkata, tugasan berkenaan melibatkan rumah dua di terjejas teruk terkena men mas sent keb: Lipi: dan banjir 'Selain kemudaha awam, anggota IPD sini membantu stesen minyak'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS