Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: TIADA SAMBUTAN AMBANG TAHUN BAHARU - PENGARAH JABATAN KDNKA

Kuala Lumpur, 31 Disember 2021 - Tiada sebarang permit sambutan tahun baharu diluluskan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena malam ambang tahun baharu, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali.

Beliau berkata langkah itu untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Dato' Hazani berkata, pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara diarah untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan bagi memastikan tiada orang ramai berkumpul dan melakukan aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya mengingatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baharu di mana-mana lokasi tumpuan ramai,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2039039
Sumber: BERNAMA

Tiada sambutan ambang tahun baharu malam esok - Bukit Aman
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS