Ibu bapa wajib melindungi dan mengawasi anak-anak secara dekat termasuk menggariskan peraturan seperti meletakkan had penggunaan gajet.
Hal demikian adalah kerana, isu eksploitasi kanak-kanak menggunakan internet boleh membarah memandangkan kanak-kanak dan remaja hari ini membesar dengan gajet yang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk kandungan tidak sesuai dalam talian.
'Sajian internet' saban hari dibimbangi memberi implikasi negatif kepada minda dan rohani mereka, malah situasi tersebut turut membebankan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak mereka daripada menjadi mangsa penjenayah siber.
Ikuti kupasan lanjut berhubung isu ini dan pendekatan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi mengelak anak-anak menjadi mangsa jenayah siber melalui keratan akhbar terbitan Sinar Harian.