Kisah-kisah mengenai penyeludupan bahan terlarang dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), sejak dulu kelihatan seakan tidak berkesudahan.
Cabaran dalam mengendalikan isu-isu tersebut juga bukan sedikit. Ada kalanya nyawa menjadi taruhan kerana kadangkala PATI bertindak agresif apabila terdesak untuk melepaskan diri. Namun itu semua sebenarnya seakan ‘resam' sempadan di seluruh dunia.
Bagaimanapun, keazaman dalam kalangan pegawai dan anggota keselamatan kita di sempadan dalam membanteras penyeludupan tidak pernah luntur. Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) contohnya tidak pernah lelah mahupun patah semangat walaupun ada dalam kalangan mereka yang 'gugur' akibat ditembak penjenayah di sempadan Malaysia - Thailand, dua tahun lalu.