Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KAWAL KENDIRI TANGANI JENAYAH SIBER – PM

Shah Alam, 9 Februari 2022 - Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber.

Perdana Menteri (PM), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, peranan tersebut perlu dimainkan agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani selain mewujudkan persekitaran siber yang positif dan sejahtera.

"Ketika negara dilanda COVID-19, kebanyakan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka.

"Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, namun situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa untuk menjaga adab dan etika dalam dunia siber," katanya di Facebook sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS