Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SEKAT LAMAN WEB LUCAH BAGI ATASI MASALAH KETAGIHAN PORNOGRAFI DALAM MASYARAKAT

Ketagihan pornografi yang berlaku dalam kalangan rakyat di Malaysia tidak hanya melibatkan golongan dewasa tetapi turut melibatkan golongan bawah umur seperti remaja.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan menjelaskan, sebagai langkah untuk mengatasi masalah ketagihan pornografi dalam kalangan masyarakat, tindakan menyekat laman web berkenaan telah diambil.

Berpandukan isu-isu viral dan kes melibatkan kanak-kanak, tindakan sekatan telah diambil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tindakan sekatan ini juga dibuat berdasarkan laporan daripada agensi tertentu yang mengesan kewujudan laman web lucah terbabit.

Ikuti kupasan lanjut di Bahagian II berkenaan tindakan sekatan lawan web lucah dapat membantu mengatasi masalah ketagihan pornografi dalam kalangan masyarakat yang disampaikan oleh Puan Siti Kamsiah di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS