Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMILIK PUSAT HIBURAN DAN PELANGGAN DIKOMPAUN RM5.17 JUTA

Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Kedegilan pemilik pusat hiburan yang menjalankan operasi secara haram memakan diri apabila mereka dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sejak awal tahun sehingga Isnin lalu sebanyak 241 pusat pusat hiburan telah diserbu.

"Sebanyak 3,452 kompaun dikeluarkan kepada pemilik dan pengunjung dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.17 juta.

"Sepanjang tempoh yang sama, polis telah menahan 524 individu terdiri daripada 335 lelaki dan 189 wanita," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jelas Tuan Mohamad Noor, modus operandi pusat hiburan itu adalah mereka hanya membenarkan para pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam premis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text that says '8,452 kena kompaun RM5.17 juta di pusat hiburan SEBANYAK 3,452 kompaun dengan nilai keseluruhan RM5.17 juta dikeluarkan kepada pemilik dan pengunjung pusat hiburan kerana melangga prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara sejak awal tahun ini sehingga Isnin lalu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, modus operandi premis hiburan tersebut adalah mereka hanya membenarkan pelanggan tetap masuk ke dalam premis melalui pintu rahsia'. 12'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS