Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM KOMITED KAWAL SEMPADAN DARIPADA DIBOLOSI PENDATANG

Kuala Lumpur, 24 Februari 2022 - Bukit Aman akan meneruskan operasi bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi warganegara asing termasuk etnik Rohingya.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa, BBC News Indonesia.

Kelmarin BBC melaporkan, pelarian Rohingya di Malaysia mengaku membayar RM6,000 kepada penyeludup untuk keluar dari Aceh, Indonesia untuk diseludup ke negara ini.

Tuan Fadil berkata, pihaknya mengambil maklum kemungkinan terdapat warga Rohingya cuba diseludup ke negara ini dari Indonesia.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi mengawal sempadan dari dibolosi oleh warganegara asing bagi mencegah aktiviti haram penyeludupan migran melalui jalan tidak sah," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Komited kawal sempadan daripada dibolosi pendatang Kuala Bukit Kelmarin BBC melapor- lan katanya. tindakan pencegahan wah Akta Antipemerdaga- migresen Malaysia, Jaba- akan belarian Rohingya perkembangan ngdanAntipenye- 5,657 kumpulan Jalu laporan nigran donesia. donesia Tambahnya PDRM amat kerjasama yang masuk ludupan Malaysia, PDRM hebatkan Serama 2,610 migran 223 tekong Indonesia ditahan erdekatar Maritim Malaysia, jabatan dan Antipenyeludupan tanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS