Kuala Lumpur, 28 Mac 2022 - Individu yang sengaja membenarkan akaun bank milik mereka dipergunakan sindiket penipuan untuk keldai akaun akan disenaraihitamkan dan akaun mereka berdepan tindakan pembekuan oleh pihak bank.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, langkah berkenaan akan diambil jika terbukti individu itu terlibat jenayah tersebut.
"Kita tidak akan berkompromi dengan mereka kerana bersekongkol dan akan cadangkan kes berkenaan untuk dituduh di mahkamah.
"Tindakan yang diambil ini akan menyebabkan individu itu sukar untuk membuka akaun lain pada masa akan datang," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Kosmo Online seperti berikut.