Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MERCUN, BUNGA API BERNILAI RM4.17 JUTA DIRAMPAS

Kuala Lumpur, 28 Mac 2022 - Seramai lima lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam penyeludupan mercun serta bunga api ditahan dalam dua serbuan berasingan di sebuah gudang dan rumah di Kepong di sini pada 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, sepasukan polis dari cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah merampas mercun serta bunga api haram bernilai RM4.17 juta.

"Sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan mercun dan bunga api dari China sebelum diseludup menggunakan kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Klang," katanya dalam sidang akhbar di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Ahad.

Beh Eng Lai berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah gudang di Kepong dan berjaya menemui 712 kotak mercun serta bunga api termasuk wang tunai RM12,900.

"Kemudian, polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kepong dan merampas 347 kotak serta 35 guni berisi mercun serta bunga api," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS