Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERKUKUH KERJASAMA ASEAN, TINGKAT KESELAMATAN SIBER

Kuala Lumpur, 30 Mac 2022 - Kerajaan akan mengukuhkan kerjasama sedia ada bersama negara-negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menambah baik serta meningkatkan lagi agenda keselamatan siber serantau.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, usaha kolaboratif seperti perhimpunan dengan pelbagai pihak berkepentingan dan wakil daripada semua institusi keselamatan siber serta kerajaan yang berkaitan perlu diperluaskan.

"Ini termasuklah (kerjasama bersama) agensi daripada sektor swasta, sektor perbankan, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan latihan ujian siber di peringkat kebangsaan.

"Tindakan kerjasama ini sudah pasti akan mengeratkan lagi hubungan antara negara Asia dan memberikan pemahaman yang lebih umum tentang cara mengendalikan serangan siber di rantau Asia Tenggara," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 6 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS