Bachok, 31 Mac 2022 - Seramai 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Kelantan memeriahkan sambutan Hari Polis Ke-215 baru-baru ini dengan persembahan tatu menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
Selain mempersembah pelbagai gerakan mengagumkan dalam mengendalikan motosikal, mereka turut menunjukkan prosedur ketika rondaan kepada orang ramai yang menghadiri majlis di pekarangan IPD Bachok.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, pertunjukan itu turut mendedahkan bagaimana operasi mengiringi pembesar negara dan persembahan tabik hormat sambil menunggang motosikal yang tidak diketahui orang awam.
Sumber: Utusan malaysia