Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] DSA & NATSEC ASIA 2022: KDN TANDATANGANI MOU, KONTRAK RM2.596B PERKASA ASET KESELAMATAN

Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dan lapan kontrak dengan nilai keseluruhan RM2.596 bilion.

Ia sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan aset keselamatan negara berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi.

MoU itu ditandatangani dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), manakala tiga kontrak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan nilai RM249.5 juta, empat kontrak (Jabatan Imigresen/RM2.22 bilion) serta satu kontrak bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (RM124.2 juta).

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya sentiasa komited dalam meletakkan aspek keselamatan nasional sebagai agenda utama khususnya dalam perancangan perolehan.

"Apa yang kita buat ini membuktikan bahawa banyak kontrak yang sebenarnya kita sedang kaji bukan hanya yang ini, banyak lagi aplikasi dan penyelesaian diperlukan.
"Ini membuktikan kerajaan beri keutamaan kepada keselamatan dalam negara.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS