Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KDN KELUARKAN NAMA DISENARAI HITAM MASUK NEGARA - MDN

Selama, 3 April 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengaktifkan senarai individu yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, agensi keselamatan juga telah bersedia sejak sebulan yang lalu dalam usaha memberi keutamaan terhadap keselamatan negara.

"Kita tak sebut dari negara mana tetapi ada senarai hitam yang sudah pun bersedia untuk memastikan bahawa mereka ini akan kita tidak benarkan masuk ke negara kita.

"Jadi semua kita siap-siaga untuk memastikan semua itu supaya kita pertahankan bukan hanya maruah negara tetapi keselamatan rakyat dalam negara dan juga orang luar yang mahu masuk supaya merasa lega bahawa negara Malaysia ini merupakan negara yang selamat untuk mereka kunjungi," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, di sini pada Sabtu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS