Johor Bahru, 3 April 2022 - Satu sindiket penyelewengan diesel ditumpaskan hasil serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ke atas sebuah premis di Jalan Kempas Lama, Off Jalan Skudai di sini, kelmarin membabitkan rampasan RM1.02 juta.
Serbuan dalam operasi kira-kira jam 4.20 pagi itu berjaya merampas 94,398 liter diesel dan tiga lori tangki serta kelengkapan dan wang tunai milik sindiket.
Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, serbuan dijalankan pasukan dari Unit Risik Marin itu turut menahan tujuh lelaki tempatan berusia 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyelewengan itu untuk siasatan lanjut.
"Pihak kami berjaya mengesan sebuah premis yang dijadikan stor tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan dijalankan menemukan tiga lori tangki yang berisi keseluruhan 94,398 liter diesel bersubsidi.
"Turut disita, dua lori tiga tan yang diubah suai bagi mengangkut minyak, satu treler bersama beberapa peralatan pam minyak serta wang tunai berjumlah RM61,664,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.