Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP WAWASAN KELANTAN: RM7.06 JUTA BARANG SELUDUP DIRAMPAS

Rantau Panjang, 24 April 2022 - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM7.06 juta sepanjang tempoh 32 hari penugasan Op Wawasan Kelantan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pegawai pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas kawalan sempadan pada 21 Mac lalu, pihaknya telah merekodkan sebanyak 137 kes dan rampasan berkait aktiviti penyeludupan.

"Sepanjang tempoh penugasan di Op Wawasan Kelantan, PGA berjaya menahan 251 individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan," katanya selepas turun padang meninjau kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada Jumaat.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, kes berkait Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penyumbang tertinggi kepada nilai rampasan iaitu berjumlah RM2.09 juta.

Tambah beliau, penyumbang kedua nilai tertinggi rampasan berkait dengan polis berjumlah RM1.18 juta diikuti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (RM1.17 juta) serta Kastam (1.09 juta).

Azhari berkata, sepanjang tempoh tersebut, PGA turut menahan seramai 134 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Yaman.

"Selain itu, PGA turut menahan 15 tekong lelaki dan dua wanita yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan PATI," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS