Kuala Lumpur, 24 April 2022 - Pelarian etnik Rohingya dikesan menceroboh masuk ke Malaysia sepanjang tahun berikutan faktor senang untuk 'cari makan' atau mencari pekerjaan di negara ini.
Mengakui perkara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, mereka memasuki negara ini tidak bergantung kepada hari-hari tertentu.
"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi mereka sudah masuk ke negara kita. Tak ada kena mengena dengan PKP, sekarang pun ada sahaja yang seludup masuk ke sini.
"Apa yang kita nampak, mereka akan berusaha masuk ke negara ini apabila adanya ruang dan peluang. Mereka tak peduli, sebab itulah penguat kuasa kita yang mengawal sempadan tak boleh alpa.
"Tidak dinafikan mereka memang suka masuk ke Malaysia kerana senang nak cari makan dan cari kerja. Bagi mengelak daripada dicekup, mereka sanggup mengaku sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)," ujarnya ketika dihubungi kelmarin.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.