Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: 205,544 'KELDAI AKAUN' DIREKODKAN SEJAK 2014

Petaling Jaya, 28 April 2022 - Sebanyak 205,544 akaun melibatkan enam institusi perbankan di negara ini dijadikan sebagai keldai akaun oleh sindiket penipuan dalam talian sejak 2014 sehingga tahun lalu.

Akaun-akaun berkenaan dipercayai dibuka individu tertentu sebelum 'disewa atau dipinjamkan kepada sindiket penipuan dengan bayaran RM2,000 hingga RM3,000 setiap satu.

Sekiranya terus dibiarkan, ia boleh meningkatkan lagi jenayah siber di negara ini memandangkan akaun itu menjadi tempat pemindahan wang yang diberikan kepada pemilik oleh penjenayah.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, SAC Victor Sanjos berkata, modus operandi sindiket untuk mendapatkan akaun berkenaan adalah melalui tawaran iklan di platform media sosial atau ditawarkan kepada kenalan terdekat dengan jumlah bayaran tertentu.

Kata beliau, alasan yang sering digunakan adalah untuk tujuan perniagaan selain ahli sindiket bertindak menipu pemilik akaun bagi meminjam akaun mereka namun menggunakannya untuk tujuan jenayah.

"Lazimnya golongan pekerja am, pekerja kilang, pelajar dan suri rumah menjadi sasaran sindiket penipuan untuk memanipulasi akaun mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS