Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT 18: LIMA JUTA KENDERAAN MASUKI LEBUH RAYA MULAI JUMAAT

Kuala Lumpur, 30 April 2022 - Polis menjangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di seluruh lebuh raya negara bermula Jumaat untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, trend peningkatan itu dikesan terutama di Lembah Klang disebabkan pergerakan orang ramai untuk persiapan raya.

Menurutnya, pergerakan akan mula sesak apabila orang ramai mula pulang ke pantai timur, utara dan selatan.

"Kita jangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di lebuh raya bermula Jumaat.

"Pemantauan polis di stesen bas juga mendapati tiket habis dijual. Kita nampak semua orang berpusu-pusu pulang ke kampung," katanya ketika ditemui di Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk patuhi peraturan lalu lintas, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, rancang pergerakan pulang selain memastikan diri dalam keadaan bersedia serta tidak letih.

Selain itu, beliau menasihati para pemandu kenderaan untuk memandu secara lebih berhemah dengan tidak menggunakan lorong kecemasan dan langgar peraturan lampu isyarat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, car, road and text that says 'juta kenderaan masuki lebuh raya menjangkakan ramai persiapan Trendpeningkatan itu dikesan terutama diLembah Klang disebabkan pergerakan orang ramai untuk persiapan raya Oleh MUHAMMAD AFHAM Lima juta kenderaan masuki lebuh raya mulai Jumaat LAPORAN KUALALUMPUR menjangkakan sebanyak kenderaan Bukit Aman. sini raya Beliaumeningat- ermula umaat atau road 'Disarankan_juga Jabatan (JSPT) Bukit Pengguna MOHD NADZRI peraturan pulang mula apabila orang ajuta lebuh 'Pemantauan menggunakan stesen sebanyak enderaan berada bermula pung. kam- Rondaan ovikal URB) Unit Kereta Peronda'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS