Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[UPDATE] VIDEO TULAR: PEMANDU AUDI A4 DAN TOYOTA WISH MEMANDU SECARA BERBAHAYA DITAHAN

Seremban, 4 Mei 2022 - Polis telah menahan dua lelaki yang memandu secara berbahaya di Kilometer 268 hingga 238 Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah selatan susulan tular rakaman video kejadian itu di media sosial Ahad lalu.

Menerusi video berdurasi 1 minit 40 saat itu, sebuah kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dilihat memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berjaya mengesan pemilik dan pemandu kenderaan terbabit.

"Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu Audi A4 berusia 36 tahun manakala suspek kedua memandu Toyota Wish berusia 34 tahun.

"Suspek pertama telah hadir menyerah diri pada Isnin lebih kurang jam 9 malam manakala suspek kedua hadir menyerah diri pada Selasa pada jam 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Pemandu-Audi-A4-Toyota...
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Sinar Harian






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS