Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SAKIT, JUMPA DOKTOR, JANGAN TANAM GANJA - PENGARAH JSJN

Saban tahun bilangan yang ditahan dan jumlah rampasan dadah makin bertambah, sekali gus menjadi cabaran besar buat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia sebagai salah satu agensi penguat kuasa berkaitan dadah di negara ini.

Selain itu, isu mengenai cadangan untuk membolehkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan turut dibangkitkan baru-baru ini.

Ganja, di bawah Seksyen 6B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, menanam pokok ganja adalah salah dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup serta sebatan. Manakala Seksyen 6B pula memberi pengecualian kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk memberi mana-mana penjawat awam menanam ganja untuk kajian, penyelidikan dan cubaan bagi tujuan perubatan.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan di hospital jika mempunyai masalah kesihatan dan bukannya menanam pokok Ganja.

Ikuti wawancara khas wartawan Mohd. Yunus Yakkub bersama Dato’ Ayob Khan dalam mengupas lebih lanjut masalah dadah di Malaysia seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 1 person and text that says 'Sakit, jumpa doktor, jangan tanam ganja AYOR AYOB peratus. Namun memastikan pengedarandan Myanmar) EKSTRA UmuraSe tahun kedudukan Pendidikan: padagenerasi K Pengarah sekarang)'

May be an image of 5 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS