Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SETIAP 8 KELUARGA 'LAHIR' SATU PENAGIH - PENGARAH JSJN

Kuala Lumpur, 15 Mei 2022 - Seramai 17 penagih baharu dikesan setiap hari di seluruh negara pada tahun lalu dan ia merupakan satu angka yang amat membimbangkan kerana Malaysia akan diwarisi generasi penagih sekiranya najis dadah tidak dibanteras.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah penagih pada tahun lalu adalah seramai 129,604 orang dan 15 peratus daripadanya iaitu 6,480 merupakan penagih baharu.

"Ia merupakan satu jumlah yang besar. Mengikut United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), bagi seorang penagih dadah yang dikesan, terdapat tujuh lagi penagih yang tidak dapat dikesan.

"Jadi mengikut jumlah statistik yang ada, ini bermakna bilangan penagih dadah di Malaysia tahun lalu adalah hampir sejuta orang iaitu 907,222," katanya.

Menurut Dato' Ayob Khan, data UNODC juga menunjukkan nisbah penagih adalah seorang bagi setiap lapan keluarga dan bilangan itu dijangka meningkat kepada dua penagih bagi setiap lapan keluarga dalam tempoh kira-kira 10 tahun lagi.

Katanya, lebih mengecewakan apabila sikap segelintir keluarga yang mengambil pendekatan 'melindungi' ahli keluarga mereka yang terjebak dadah berbanding menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa untuk tujuan pemulihan.

"Tindakan ini bukan sahaja merugikan masa hadapan penagih itu sendiri, malah lebih teruk lagi dikhuatiri menyumbang kepada kes-kes jenayah lain termasuk mengugut atau mencederakan ahli keluarga sendiri pada masa akan datang," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'Kerajaan peruntuk RM1.4ju juta sehari untuk pemulihan 32,401 penagih dadah Setiap 8 keluarga, 'lahir' satu penagih 17 penagih baharu sehari lama'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS