Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SELURUH PUTRAJAYA DIPANTAU 24 JAM

Putrajaya, 21 Mei 2022 - Mungkin ramai tidak tahu sebanyak 530 unit kamera litar tertutup (CCTV) diletakkan polis di beberapa lokasi strategik di sekitar Putrajaya bagi memastikan kawasan berkenaan selamat.

Pemantauan menerusi CCTV adalah langkah untuk memastikan orang ramai termasuk pelancong luar terhindar daripada perbuatan jenayah.

Kemudahan itu sejajar dengan inisiatif Bandar Selamat Putrajaya yang diwujudkan lebih dua dekad lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, CCTV berkenaan berpusat di Putrajaya Command Centre (PCC) yang ditubuhkan pada Julai 2004 sebelum dinaik taraf pada tahun 2018.

"PCC turut berkongsi data bersama dengan pelbagai agensi awam domestik, antaranya polis, bomba, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi berkenaan pemantauan menerusi CCTV di seluruh Putrajaya bagi menjamin keselamatan orang ramai di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and text

May be an image of 17 people, people standing and outdoors


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS