Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: POLIS TAHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL LANGGAR ANGGOTA BERTUGAS

Kota Bharu, 24 Mei 2022 - Lelaki ditahan selepas gagal memberhentikan motosikal ditunggangnya dan melanggar seorang anggota polis ketika operasi "snap check" di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika tujuh anggota polis trafik termasuk mangsa sedang melakukan penguatkuasaan.

Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia tidak mengendahkannya dan melanggar seorang daripada anggota yang berada di bahu jalan ketika cuba melarikan diri.

"Akibat pelanggaran itu, suspek dan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui sebarang sebarang barang salah dan suspek yang juga nelayan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../penunggang-ditahan-rempuh...
Sumber: Harian Metro

Penunggang ditahan rempuh polis | Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS