Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 38 KES BULI DI SEKOLAH DALAM TEMPOH 4 BULAN – PENGARAH JSJ

Kuala Lumpur, 24 Mei 2022 - Sebanyak 38 kes buli berlaku di sekolah-sekolah di negara ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini bermula Januari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, lapan kes dilaporkan di Pahang, manakala tujuh kes di Terengganu.

Menurut beliau, bagi Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan pula masing-masing merekodkan empat kes.

"Selebihnya adalah Selangor (tiga), Johor (dua), Kedah (dua), Kuala Lumpur (dua) dan Perlis sebanyak dua kes," katanya.

Dato’ Sri Abd. Jalil menasihatkan ibu bapa untuk mengambil berat akan kes buli selain pemantauan oleh pihak sekolah dalam menentukan disiplin pelajar agar sentiasa terpelihara.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi penglibatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk memastikan tiada elemen kongsi gelap yang cuba masuk ke sekolah dalam merekrut ahli baharu dalam kalangan pelajar.

"Akhir sekali, PDRM mengalukan apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama bagi menjadikan sekolah tempat selamat bagi pelajar menuntut ilmu," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS