Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENDERAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK DI PUSAT ASUHAN CATAT PENINGKATAN

Kuala Lumpur, 28 Mei 2022 - Kes penderaan serta pengabaian kanak-kanak di pusat asuhan dijangka terus meningkat tahun ini berdasarkan jumlah laporan polis diterima setakat ini.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, peningkatan kes penderaan di pusat asuhan atau jagaan kanak-kanak bakal mengalami kenaikan ketara memandangkan peralihan fasa endemik tahun ini.
Menurutnya, jumlah kes penderaan serta pengabaian kanak-kanak menunjukkan trend penurunan ketara pada 2020 ke 2021 susulan penutupan pusat asuhan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, ramai individu tidak bekerja dan tidak menghantar anak ke pusat asuhan sepanjang tempoh dua tahun.
"Berdasarkan statistik polis, 711 kes penderaan dan pengabaian direkod dalam lima tahun iaitu bermula 2017 hingga tahun lalu. Ia membabitkan kes penderaan di rumah (sendiri), rumah pengasuh serta pusat asuhan berdaftar dan tidak berdaftar.
"Pada 2017, sebanyak 136 kes dilapor diikuti 157 kes (2018), 147 kes (2019), 150 kes (2020) dan 121 kes (2021). Sebanyak 50 peratus daripada kes sudah dituduh di mahkamah," katanya.
Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah berkenaan kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan di keratan akhbar terbitan Harian Metro.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS