Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET ISI TANGKI LORI 20,000 LITER DIESEL SEBELUM DIJUAL SEMULA

Pasir Gudang, 3 Jun 2022 - Tangki minyak lori tiga tan akan diisi penuh dengan diesel dianggarkan berjumlah 20,000 liter, sebelum ia dikeluarkan semula untuk dijual secara haram di tepi jalan.

Itu modus operandi digunakan sindiket penyeludupan barang kawalan yang baharu dua bulan aktif di daerah ini.

Kegiatan itu tumpas selepas sepasukan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini pada jam 12.45 tengah malam Rabu lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superitendan Mohd Razali Melin berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 29 dan 31 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis dan pemandu lori.

"Dalam pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan.

"Kami merampas 22,000 liter diesel bersubsidi, dua tangki kapasiti 20,000 liter dan tong putih kapasiti 1,000 liter serta empat lori tiga tan.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM357,200," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS