Jasa dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai individu penting membebaskan negara untuk mencapai kemerdekaan tidak mungkin dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia.
Bukan sahaja rakyat, malah individu yang pernah berkhidmat dengan Perdana Menteri pertama yang digelar Bapa Kemerdekaan itu juga berasa bertuah kerana dapat bersama beliau.
Ikuti perkongsian pesara polis, Koperal Ali Salleh, 93 yang berasa bangga kerana pernah berkhidmat sebagai salah seorang polis pengiring kepada Tunku Abdul Rahman di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.