Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA SERBU RESORT DI SENAI, RAMPAS ARAK DAN ROKOK BERNILAI LEBIH RM1.1 JUTA

Johor Bahru, 7 Jun 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan enam individu termasuk warga Myanmar dan Singapura serta merampas minuman keras dan rokok seludup selepas menyerbu sebuah resort di Senai, dekat sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Mohd Razali Melin berkata, serbuan berkenaan dilakukan pada jam 9.30 pagi melibatkan dua premis berdekatan dalam resort berkenaan.

"Menerusi serbuan ini, tiga lelaki tempatan berusia 28 hingga 31 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita Myanmar berusia 31 dan 33 tahun serta seorang lelaki Singapura berumur 60 tahun ditahan.

"Dalam serbuan pertama, PGA merampas antaranya 1,756 tin dan 541 botol minuman keras pelbagai jenama, 50 karton rokok, kereta Honda Accord, BMWX6, van Nissan MV 200 dan kenderan pelbagai guna (MPV) Toyota Harrier.

"Kita turut merampas wang tunai RM102,600, wang tunai dollar Singapura (SGD) 304 (RM970) dan jam tangan jenama Rado Diaster," katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Katanya lagi, nilai rampasan minuman keras dan rokok seludup berjumlah RM704,370, manakala keseluruhan nilai rampasan lebih RM1.1 juta.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS