Petaling Jaya, 8 Jun 2022 - Penjenayah siber atau “scammer” kerap menukar cara penipuan supaya mudah memperdaya mangsa bagi memastikan mereka dapat mengaut keuntungan hasil jenayah dilakukan.
Pakar siber sekuriti, Dr. Prakash Christiansen yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Vulsan X berkata, jenayah siber sentiasa berkembang malah pelakunya akan terus menukar cara-cara penipuan dalam talian.
"Pihak berkuasa kini sudah tahu cara-cara mereka (penjenayah siber) melakukan jenayah untuk ambil duit mangsa, jadi mereka beralih kaedah-kaedah lain.
"Antaranya iklan penajaan yang terdapat dalam media sosial ada dibuat oleh scammer," katanya dalam Perbincangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dengan Kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF), semalam.
Bagi khidmat nasihat berkenaan kes-kes jenayah komersil, orang ramai boleh berhubung dengan CCID Response Center di talian 0326101559 dan 03-26101599.
Orang ramai juga digalakkan menggunakan kemudahan semak mule yang boleh dicapai melalui
https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk membuat semakan terhadap mana-mana akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.