Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: TOLONG JANGAN JADI MANGSA “SCAMMER”

Ketika pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendidik dan memberi kesedaran berkenaan jenayah penipuan dalam talian, agak menyedihkan apabila masih ada masyarakat kita yang terjerat dengan helah “scammer”.

Adalah amat merunsingkan apabila perkara ini masih terus berlaku saban hari.

Ikuti perkongsian Ketua Meja Jenayah Sinar Harian, Encik Muhammad Afham Ramli mengenai modus operandi yang kerap kali diulas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia dan digunakan oleh “scammer” menjerat serta memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan menerusi penipuan dalam talian (online) antaranya African Scam, Love Scam, Parcel Scam, pembelian online, pinjaman tidak wujud dan Macau Scam.

Orang ramai disaran untuk membuat semakan ke atas nombor akaun yang diberikan sindiket, jangan mudah percaya dengan mana-mana pihak yang mengaku daripada agensi kerajaan dan kenalan baru yang dikenali di media sosial apatah lagi diminta untuk memasukkan wang ke atas akaun milik individu lain.

Jika was-was, semak melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi melihat sama ada akaun atau nombor telefon itu pernah disiasat atau sebaliknya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS