Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN]SCAM ALERT: WANITA TIPU PAKEJ KAHWIN BAJET DITAHAN POLIS

Johor Bahru, 9 Jun 2022 - Perancang perkahwinan yang dipercayai memperdaya beberapa pengantin di Johor dengan pakej perkahwinan bajet, namun gagal menyediakan perkhidmatan termasuk katering pada saat akhir, ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita berusia 50 tahun itu ditahan di bandar raya ini dan disiasat susulan 10 laporan yang diterima hingga semalam membabitkan kerugian mencecah RM60,000.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima makanan atau menerima makanan kurang daripada ditempah, mahupun sudah basi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan pakej bajet atau murah ditawarkan perancang perkahwinan menerusi Facebook.

"Pakej ditawarkan serendah RM8 bagi setiap jemputan, berbanding harga biasa antara RM10 hingga RM12. Semua transaksi bayaran dilakukan dalam talian dan semua kes berlaku antara Mei hingga awal bulan ini, malah kita yakin akan menerima beberapa laporan polis lagi serta menggesa mangsa untuk tampil membuat laporan.

"Kami menasihati orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pakej perkahwinan yang murah dan tidak masuk akal serta berfikir dua kali sebelum membuat pembayaran," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS