Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

VIDEO PILIHAN: PENGGUNA PENSTRIMAN HARAM TERDEDAH RISIKO KEBOCORAN DATA PERIBADI - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 9 Jun 2022 - Industri penyiaran negara mengalami kerugian lebih RM3 bilion setahun akibat aktiviti penstriman haram dan cetak rompak.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, orang ramai juga sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram.

"Mereka yang dapatkan daripada kotak-kotak (penstriman haram) kualitinya amat kurang kalau kita bandingkan daripada yang sebenar dan jauh berbeza.

"Mereka ini juga terdedah kepada (kebocoran) maklumat dan mereka mungkin akan digunakan untuk scam (penipuan) yang lain. Jadi mereka kena fahamlah tentang perkara itu," jelasnya ketika hadir merasmikan Seminar Penguatkuasaan Penstriman dan Cetak Rompak Terhadap Industri Penyiaran di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM di sini hari ini.

Jelasnya lagi, JSJK ketika ini sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan operasi yang dilakukan bagi membendung aktiviti berkenaan daripada terus menular.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../pengguna-penstriman-haram...
Sumber: Astro AWANI


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS