Cetak rompak digital merupakan satu bentuk tindakan jenayah memuat turun, menggunakan, menstrim atau mengedarkan bahan hak cipta dan harta intelek tanpa kebenaran atau bayaran bagi kandungan tersebut.
Ramai yang berpendapat tiada sebarang bahaya yang timbul apabila menstrim sesuatu filem baharu melalui platform talian di bilik mereka kerana ia tidak diketahui orang dan tidak membebankan sesiapa.
Namun begitu, beberapa fakta yang dikongsikan dalam artikel ini mungkin akan menyebabkan anda memikirkan semula pendirian berhubung perkara ini.