Penyalahgunaan dadah bukan satu isu baharu di negara ini sekali gus menjadi barah yang merosakkan anak bangsa. Bermula daripada penyeludupan, penjualan sehinggalah kepada pengguna terakhir iaitu penagih, saban hari ada sahaja tangkapan dilakukan pihak berkuasa.
Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun turut tidak terkecuali dalam menghadapi masalah berkaitan penyalahgunaan dadah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ACP Ahmad Jefferi Abdullah mendedahkan, antara taktik dikesan digunakan pengedar dadah adalah meninggalkan bahan larangan itu di dalam kereta yang diletakkan di kawasan tertutup atau terbuka.
Jelasnya, tindakan ini antara taktik terbaru dikesan yang mana dadah ditemui selalunya dalam jumlah atau kuantiti yang banyak.
“Trend pengedaran dadah ini sentiasa berubah dari masa ke masa. Antara taktik terbaru dikesan adalah pengedar akan meletakkan dadah dalam kereta yang ditinggalkan di sesebuah lokasi sebelum ia diambil oleh pengedar yang lain. “Kereta ini adakalanya diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di parkir awam, jadi secara tidak langsung kaedah ini dilihat kurang mencurigakan," katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.