Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: PDRM MAHU AKTA DADAH DIPERKEMAS - PENGARAH JSJN

Melaka, 12 Jun 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda bagi memperkemas undang-undang berkaitan dadah baharu, termasuk Syabu yang kini semakin menjadi pilihan penagih di Malaysia.

Pengarahnya, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pindaan itu meliputi aspek hukuman bagi pengedaran dan pemilikan dadah serta penyenaraian bahan-bahan kimia baharu dikesan diguna bagi pembuatan bahan terlarang itu di dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Contohnya, sebelum ini jika memiliki 15 gram Heroin (seseorang itu dianggap mengedar dadah) dan boleh dihukuman gantung, tetapi bagi Syabu dan pil Ekstasi, 50 gram.

"Jadi untuk Syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15 gram sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini.

"Kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi panel dalam Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-mahu-akta-dadah...

PDRM mahu akta dadah diperkemas | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS