Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LIMA MINIT SELUDUP SATU TAN KETUM

Padang Besar, 13 Jun 2022 - Hanya memerlukan lima minit dengan cara memotong pagar keselamatan, kumpulan penyeludup yang aktif di sempadan Malaysia-Thailand berjaya menyeludup satu tan Ketum.

Bungkusan daun Ketum sebelum itu dikumpulkan di dalam hutan atau kebun getah berhampiran dengan pagar keselamatan sebelum dikutip dan dibawa ke negara jiran.

Namun modus operandi terbaharu penyeludup ini, berjaya dikesan oleh Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan rondaan dan risikan di kawasan tersebut.
Pemerhatian pergerakan ke atas ahli-ahli sindiket sering dilakukan oleh Batalion 18 PGA dalam mengekang aktiviti ini daripada terus berleluasa.

Ikuti kupasan lanjut oleh Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Hj. Wan Salin berkenaan modus operandi terbaharu penyeludup daun Ketum di Wang Kelian, Perlis menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Online.

May be an image of 1 person, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS