Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HERO MAGNIFICENT 12

Kumpulan khas, Magnificent 12 yang ditubuhkan oleh pasukan polis suatu ketika dahulu untuk memburu penjenayah terkenal negara, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin amat dekat di hati masyarakat. Sejarah dan keanggotaan ahli Magnificent 12 yang banyak menabur jasa kepada negara akan sentiasa dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Salah seorang ahli kumpulan khas tersebut iaitu mendiang pesara DSP Kenny Woodworth dari Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, telah memahatkan nama dan jasa kepada Pasukan yang tidak terhitung nilainya sehinggalah tertangkapnya penjenayah Botak Chin pada 16 Februari 1976.
Ikuti bingkisan khas oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Johor, DSP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir mengenai "Hero" Magnificent 12 tersebut bersama kumpulannya yang menumpaskan penjenayah terkenal itu sehingga menjamin keamanan serta keselamatan negara menerusi keratan akhbar Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS