Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BiarJasaJadiKenangan KERATAN AKHBAR PILIHAN: SARJAN ELIAS DERMA DARAH LEBIH 90 KALI SEBAGAI AMAL JARIAH

Georgetown, 15 Jun 2022 - Setiap tahun Sarjan Elias Che Man, 56, dari Cawangan Pengawal Pengiring, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan menderma darah antara tiga hingga empat kali dan rutin itu dianggap sebagai amal jariah sebagai usaha menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.

Sarjan Elias berkata, dia mula menderma darah sejak memasuki perkhidmatan pasukan beruniform itu ketika berusia 19 tahun.

"Kalau diikutkan lebih 90 kali saya menderma darah, tetapi ada sebuah buku merah derma darah hilang dalam simpanan menjadikan jumlah yang direkodkan setakat ini ialah 84 kali.

"Setiap kali tiba masa saya menderma darah iaitu dalam selang masa tiga bulan saya berasa berat dan lesu, jadi biasanya saya tidak akan berlengah untuk melakukan rutin berkenaan," katanya di sini, kelmarin.

Anak jati Baling, Kedah itu berkata, dia pernah derma darah lebih 90 kali sebagai amal jariah menerima mesej tular dalam aplikasi WhatsApp yang menyatakan seorang individu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang sebelum terus bergegas ke sana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penderma darah.

"Ia berlaku ketika pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun lalu dengan jangkitan kes agak tinggi menyebabkan berlaku kekurangan bekalan darah dan tidak ramai orang yang mampu melakukannya dengan serta merta berikutan masalah kesihatan dan sebagainya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text that says 'Georgetown: Setiap mindahan darah kritikal Hospital perkata, dalam memerlukan Derma darah lebih 90 kali sebagai amal jariah menerima tular da- agak tinggi menyebab- tampil menjadi penderma aplikasi WhatsApp yang berlaku bergegas sebagai penderma mela- berlaku ketika pande- lalu dengan berikutan kesihatan ebagainya. berkenaan Setiap kali tiba masa saya darah iaitu selang berasa berat jadi biasanya saya akan berlengah untuk dan berkengan' berke- katanya 'Ketika Baling. berkata, pernah ELIAS menunjukkan kebangsaan Carhar NSTR/DANIALSA generasi yang walaupun bersara kelak,'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS